Saya tak ada pengalaman puasa kecik-kecik dulu nak cerita kat korang. Dulu saya budak baik (sekarang lagi baik). Saya ingat saya mula puasa penuh darjah tiga. Lepastu sempat puasa penuh untuk dua tahun lepas tu saja. Eh, kata tak ada cerita nak cerita, yang ni apa?
Ok lah, sebenarnya saya nak cerita puasa untuk tahun 1429 bersamaan 2008 ni. Tahun ni, 1 Ramadhan saya sambut di Gold Coast, Australia. Bila saya cerita pada semua orang saya akan berangkat pada 31 Ogos, semua orang bising. Diorang tanya kenapa tak tunggu satu hari lagi, lepastu baru terbang. Saya cakap sesi orientasi mula 1 haribulan ni. Saya cakap penting ni. Tak boleh miss. Nanti lost. Ok, alasan diterima. Lagipun tiket kapalterbang dah dibeli sebulan awal. Nak tak nak kene la juga pergi.
Dipanjangkan cerita, saya sampai di residen universiti pukul 1 pagi disambut dengan hujan renyai-renyai. Tu pun saya boleh sengih-sengih sebab teruja dengan cuaca sejuk di negara orang. Sebelum tu di airport Sydney , saya panik kejap sebab saya cuba call mak tak dapat. Sampai di Brisbane International airport, sementara tunggu bas, mak call saya. Perasaan time tu hanya Allah je yang tahu. Saya jawab telefon dengan "MAAAAK *weeps kejap*, I made it, thank God you called, i tried to call you but couldnt reach you" instead of a simple "Assalamualikum mak". Mak cakap memangla tak boleh call (Apparently, I found out 2-3 days later that I have to dial a certain number first before dialing the home number). So I told her to call me every 1 hour just in case if anything went wrong.
Saya datang ke Gold Coast dengan 2 beg pakaian, 1 beg makanan dan toiletries, 1 beg galas yang saya letakkan dokumen dan laptop saya (baca: sangat berat) dan 1 beg sangkut kat sebelah bahu yang boleh tahan beratnya. Sampai di universiti, dari dimana pemandu bas turunkan ke pajabat keselamatan hanya lebih kurang 15 meter. In realiti pejam celik je dah sampai, tapi bagi saya it felt like forever nak sampai ke pejabat keselamatan tu disebabkan beg berat yang terlalu banyak tu. Selepas berurusan dengan pihak keselamatan, mereka bawakan saya ke bilik. Nasib baik mereka ada, boleh tolong angkatkan beg-beg. Dah selesai semuanya, jam menunjukkan pukul 2 pagi. Waktu imsak pukul 4.40 pagi. Juadah sahur pagi tu, mineral water. 1 September 2008 adalah kali pertama saya berpuasa di Australia.
Itu hanya cerita sampingan. Sekadar mahu berkongsi pengalaman. Perasaan sebenar yang saya nak luahkan ialah rasa jauh saya daripada Allah swt. Entah kenapa puasa kali ini, saya rasa sangat jauh dariNya. Saya sedar, sejak sampai sini, hanya sekali saya tunaikan solat terawikh. Kadang-kadang terlepas solat subuh dan sudah pastilah terlepas bersahur. Alasan saya sebab biological clock masih tak adjust lagi. Saya susah hati macam ni. Perkara yang paling saya benci bila saya suka bagi alasan atas dosa-dosa saya untuk sedapkan hati. Padahal jauh dalam hati memang tahu dah berdosa pon.
Dah lama saya tahu, tujuan puasa itu untuk melatih diri menginsafi keadaan orang miskin. Bila menghayatinya, kita yang berakal boleh buat pertimbangan yang sewajarnya atas tindakan seterusnya. To me, fasting is never about the food during iftar (buka puasa) anymore once I have passed that stage of my life. Kalau kita betul-betul menghayati Ramadhan pasti ada satu perasaan yang sangat hampir denganNya boleh rasa dalam hati. Tapi puasa kali ini saya tak rasa macam tu pun. Tinggal 13 hari lagi nak puasa. I hope I could just have that feeling again.