
This is too cute. She's so adorable. If I'm not mistaken, she is SueAnnaJoe's nephew.


Fakta: Universiti saya belajar sekarang pernah tersenarai sebagai 10 universiti yang mengenakan yuran termahal di dunia dalam Forbes List.
Tidak, saya tak bangga langsung. Tertelan air liur adalah, kerana mengenangkan hutang-piutang yang perlu dibayar nanti. Tetapi saya-lupa-siapa pernah menyangkal laporan tersebut kerana yang menulis laporan itu mangambil kira faktor-faktor lain seperti kos sara hidup di sekitar Gold Coast yang diakui memang mahal kerana kawasan tarikan pelancong. Pelajar-pelajar yang belajar di sini memang anak orang kaya-kaya seperti anak pemilik Seaworld, anak jutawan dari Jepun, anak ahli geofizik (bapa saya - tapi tak kaya) dan mereka memandu Nissan Fairlady, Audi T4 dan porche ke kuliah yang mana kadang-kadang buat saya rasa kecil. Tapi selalu tak ambik port la saya. Sangat sekolah menengah OK! Rase iri hati terhadap rakan sebaya kamu.
Berbalik pada cerita tadi, di dalam kuliah kami tetap parallel. Jarang yang suka besar kepala, tetapi masih ade seorang dua yang stuck up and snobbish. Sangat minor dan tidak akan menjatuhkan ekonomi negara pun. Mereka datang kuliah pakai sempoi-sempoi, baju koyak, flip-flops, tak bawa beg berjenama, lagi best angkut semua pakai tangan je. Ini saya suka. Mereka rasa tak perlu nak menunjuk-nunjuk kerana kewangan dah kukuh. Yang suka menunjuk ini la ade masalah insecurity. Bak kata ayah saya dalam salah satu episod nasihat rawaknya, ketika dia minta sayang menghantarnya ke lapangan terbang dengan kereta proton lama saya dulu, “tak payah la menunjuk-nunjuk kalau memang dah tak mampu”. Steady ape kereta ni, katanye lagi hehe. Dalam hati saya berkate, ayah memang kedekut tak mau belikan kereta baru, ahaks!
Paling penting di sini ialah siapa yang paling pandai. Gerun jugakla belajar di sini sebab pertandingan siapa yang terpandai sentiasa sengit. Takde chance nak slack off dalam studies. Selepas dua semester belajar di sini baru saya tau kenapa yuran di sini sangat mahal. Kami di ajar oleh world reknown lecturers. Pensyarah saye, wanita pertama di
Sepanjang pengajian yang sekarang tinggal empat minggu aje lagi, saye rase banyak benda baru yang saye belajar, saya developed new skill and new interests. Tapi banyak juga yang saye tak tau dan perkara ini agak memalukan kadang-kadang. Terutama bila sesi tutorial, tutor akan tanya soalan dan saya akan tersipu-sipu tak tau jawab, hihi. Nanti ia bakal menjadi kenangan dan juga markah [tak cakap takde markah ;)] yang bakal terpampang dalam sijil. Tapi ade orang tu kate, be thankful for what you dont know, cause there will always be room for you to learn. Sebenarnye, banyak ilmu yang saya nak kongsikan di blog ni. Tapi alasan paling glamour saya, busy.
Selebihnya, perubahan saya setelah hampir setahun di sini saya dah 50% tidak lembut seperti dulu dan tidak pula semakin cerah seperti mitos mak saya yang berbunyi pergi obersea mesti putih nanti (makin banyak jerawat dan gelap adalah sebab lapisan ozon Gold Coast sangat nipis). Sekarang saya lihat orang lembut, saya pula yang rasa lemah. Tapi saya still control macho, oops maksud saya ayu. Tapi saya tak rasa pun, kawan saya yang bilang sebegitu. Yelah, takkan nak ikut dirty dancing kat party kot kalau kawan saye ajak. Terpaksela say no politely dan duduk senyap-senyap kat sudut. Nak borak-borak pun semua dah tune off ke alam yang tak tercapai akalku. Berbalik kepada sudah tidak lembut tadi, ye saya perlu belajar menjadi tegas, sebab mungkin satu hari nanti saya bakal menjadi saksi berkepakaran di dalam mahkamah. Saya tidah boleh benarkan mana-mana peguam putar belitkan kenyataan saya nanti. Tapi saya rasa saya tak boleh jadi saksi yang baik sebab saye selalu suke skip minor details bile bercerita, ini adalah tidak ethical dalam konteks pemberian kenyataan dalam mahkamah.
Kesimpulannya I'll be packing and leave Gold Coast for good in a few days time. It hit me just now when my roomate called for discussion on how we should settle our lease. Maka terceruslah karangan dwibahasa ni. Sayu juga nak tinggalkan tempat ni, tetapi bumi Malaysia tetap nombor satu di hati. Malaysia, here I come!