Monday, October 27, 2008

Quotes dan shots dalam filem, TV series dan VC 80's dan 90's.





Baru-baru ni masa filem the Dark Knight keluar semua orang punya favorite quote ialah "Why so serious?". Lepastu masa filem "KAMI 2008" the movie keluar semua orang cakap "Hidup ni memang palat". Takde, saya takde isu pun nak marah-marahkan orang yang suka cakap quotes dari movies ni. Ting! Tiba-tiba dapat idea nak tulis pasal famous quotes dan trademark yang akan mengingatkan saya pada movie atau video clip (VC) yang lama-lama.


Shots yang menjadi trademark dalam VC, TV series and movies:


  1. My favourite movie of all time is You've Got Mail. Girldfriend Joe Fox marah-marah bila tersangkut dalam lif "where are my tic-tacs?" I dont know why I remember this scene all the time, prolly because this is the turning point for Joe Fox. This is the time he realizes that he does not love Patricia at all.
  2. Ingat tak lagu Someday by Micheal Learns To Rock. Ada sorang perempuan dalam VC tu pakai bikini dan sarong biru turqoise.
  3. Sweet romantic kisses (hehe): Tom Scott Everet dan Liv Tyler dalam That ThingYou Do dan Toni Collette dan swimmer yang dia kahwini tu dalam Muriel's Wedding.
  4. Alley Mcbeal membayangkan pakai sarong boxing dan menumbuk orang yang buat dia marah.
  5. If you are a fan of Lisa Loeb you'd remember her in Do you sleep VC. Dia main sepak-sepak air sambil main gitar and berlatar belakangkan dark blue.
  6. Backstreet boys' VC banyak. Tapi yang paling ingat I'll never break your heart la. Hehe, mereka dan pasangan masing-masing seperti di pergunungan Colorado sambil menyanyi keliling unggun api.
  7. Banyak group 90's dulu yang menjadi kegemaranku. Spicegirls, Hanson, Take That, 911, 5ive N'sync, 98 degrees..hehe. VC diorang banyak la pulak nak mention satu-satu.
  8. Childhood movies seperti: Gremlins, Drop Dead Fred, Beetlejuice dan It (Child eating clown)
Movie quotes:
  1. "She completes me" dan "You had me at hello" - Jerry Maguire
  2. "My Mama always said, 'Life was like a box of chocolates; you never know what you're gonna get." Dan lagi satu "Run Forrest, run!"- Forrest Gump
  3. "May the Force be with you" - Star Wars
  4. " I'll have what she's having" - When Harry Met Sally
  5. "I see dead people" - The Sixth Sense

Sekian sahaja untuk kali ini.

Monday, October 13, 2008

Lagu cinta memang menipu

Sekarang saya tengah gila dengar lagu Thunder, Boys like Girls yang nyanyi. Musik dia saya suka. Tapi lyrics dia tak boleh blah menipu. Antaranya part chorus ni:

Your voice was the soundtrack of my summer
Do you know you're unlike any other?
You'll always be my thunder, and I said
Your eyes are the brightest of all the colors
I don't wanna ever love another
You'll always be my thunder
So bring on the rain
And bring on the thunder


All of the above become void once he does not love her anymore. Masa tengah hangat bercinta boleh la puji-puji macam tu. Eii, bitternya saya. Bukan tak percaya pada cinta. Tapi cinta yang based on lust memang susah nak kekal lama. Tapi takda la pulak lagu ni kata cinta dia based on lust. Macam mana pun, tak semua cinta macam tu.

Contohnya, kat OZ ni banyak pasangan warga tua yang masih saling menyayangi walaupun salah seorang dah macam bongkok tiga, jalan pun dah tak larat, tapi pasangan masing-masing masih sabar dan setia kat sebelah.

Ada juga couple yang yang tak pandang rupa paras, sorang tu kurus sangat dan sorang lagi tu dah macam obese tapi mereka tak kisah tu semua, selamba berjalan berpegangan tangan sambil share ice-cream.

Ada juga yang "colour-blind". Kan bagus kalau scene macam ni boleh nampak kat Malaysia. Scene colour blind kat Malaysia dah semakin baik cuma politicians je yang tak nampak ni semua. Masih sibuk nak bertelagah isu-isu macam ni. Scene lain masih memerlukan perubahan. Terutamanya dikalangan elderlies. Show us your love, folks. You lead, the younger generations will follow. Mungkin mereka pemalu agaknya, nak tunjukkan terang-terangan. Salah satu sebab saya takut tentang perkahwinan ialah bila dah semakin tua, tenaga dah makin berkurang, so is your beauty, cinta pun semakin berkurangan. Inilah tandanya cinta based on lust.

Ps: Malam tadi saya mimpi kene patuk ular. Adakah ada orang akan masuk meminang? Kita tunggu dan lihat.

Saturday, October 11, 2008

Bersyukurlah sementara negara kita senang nak beribadah

Semenjak sampai di OZ ni, antara cabaran terbesar saya ialah ibadah. Kalau di Malaysia kat mane-mane shopping complex ade surau dan di mane-mane pon ade masjid dan saya tak pernah hargai sebagaimana sepatutnya. Sistem tandas di Malaysia pun direka khas supaya senang untuk kita bersuci dan berwudhu'.

Kalau di sini sistem tandas dia tak mencapai standard piawaian bersuci. Bayangkan we're just provided with tissue papers to clean that area. So I always carry two bottles in my bag. One is for washing and was is for drinking. So can you imaine how bulky my bag is? Kadang-kadang kalau dah "weng" for that day, I might have drank from the bottle for washing. Euw!
Kalau nak berwudhu' pulak, I've to rely on tap water from the sink and also shower. In the end I've always wetted the whole shirt. The good thing about the toilets system here is they are always dry which I like very much.

I gotta say, one have to be really patience here. If I were to perform my prayers, I've to walk that far to get to appropiate place. Ablution is another matter altogether. So if there's a plan to hang out with friends and what not, I have to really plan so as not to miss the prayer times. Otherwise I'm just going to have to pass the invitation.

Itulah susahnya duduk di negara orang. Tapi bak kate pepatah "masuk kandang kambing mengembek"! Saya cerita ni sebab saya dah termiss solat banyak kali dan saya rasa nak menangis bile terkenangkannya.

Saturday, October 4, 2008

Poison Ivy nak ucapkan Selamat Hari Raya

Dah masuk raya keempat ni, I baru nak ucapkan selamat hari raya. I malas (read: busy) la nak update blog. Semua favourite bloggers I sibuk dok buat suppervillain and superheroes quiz. I pun nak buat jugakla.


Your results:
You are Poison Ivy


































Poison Ivy
78%
The Joker
68%
Apocalypse
67%
Dr. Doom
65%
Magneto
62%
Lex Luthor
60%
Dark Phoenix
59%
Mr. Freeze
58%
Mystique
57%
Green Goblin
57%
Riddler
50%
Kingpin
47%
Catwoman
45%
Juggernaut
45%
Two-Face
41%
Venom
40%
You would go to almost any length for the protection of the environment including manipulation and elimination.

Thursday, September 25, 2008

My ultimate comfort food

  1. Nothing can beat mom’s cooking, so hers is always on top of list.
  2. Pita bread spread with avocado based + shredded chicken + lettuce + tomatoes + lots of mozzarella cheese + sweet chilli sauce + toast to perfection = is just yum.
  3. Oldtown hazelnut coffee and chocolate chip cookies are the most perfect couple especially when the weather is chilly to the bone.

Confession: Currently Im binging on junkfood because the weather can get very cold hence need to warm the body up.

Wednesday, September 17, 2008

Amidst your abscence

Amidst your abscence I hope you have found your answers that you were seeking for.

Amidst your abscence I pray that you dont wept and suffer alone at the pain you bear.

Amidst your abscence I have never forget about you and never want you to be in despair.

Amidst your abscence I hope that one day we will be on good terms just like before.


Ps: to you my friend whom I miss dearly, I hope you found your peace. I dont mean to interfere with your life. It's just that I'm worried about you for being absent for so long now without a news and it bothers me so much. And Im writing all this to you just because I care and couldnt contain it anymore.

Tuesday, September 16, 2008

Puasa kali ni...

Saya tak ada pengalaman puasa kecik-kecik dulu nak cerita kat korang. Dulu saya budak baik (sekarang lagi baik). Saya ingat saya mula puasa penuh darjah tiga. Lepastu sempat puasa penuh untuk dua tahun lepas tu saja. Eh, kata tak ada cerita nak cerita, yang ni apa?

Ok lah, sebenarnya saya nak cerita puasa untuk tahun 1429 bersamaan 2008 ni. Tahun ni, 1 Ramadhan saya sambut di Gold Coast, Australia. Bila saya cerita pada semua orang saya akan berangkat pada 31 Ogos, semua orang bising. Diorang tanya kenapa tak tunggu satu hari lagi, lepastu baru terbang. Saya cakap sesi orientasi mula 1 haribulan ni. Saya cakap penting ni. Tak boleh miss. Nanti lost. Ok, alasan diterima. Lagipun tiket kapalterbang dah dibeli sebulan awal. Nak tak nak kene la juga pergi.

Dipanjangkan cerita, saya sampai di residen universiti pukul 1 pagi disambut dengan hujan renyai-renyai. Tu pun saya boleh sengih-sengih sebab teruja dengan cuaca sejuk di negara orang. Sebelum tu di airport Sydney , saya panik kejap sebab saya cuba call mak tak dapat. Sampai di Brisbane International airport, sementara tunggu bas, mak call saya. Perasaan time tu hanya Allah je yang tahu. Saya jawab telefon dengan "MAAAAK *weeps kejap*, I made it, thank God you called, i tried to call you but couldnt reach you" instead of a simple "Assalamualikum mak". Mak cakap memangla tak boleh call (Apparently, I found out 2-3 days later that I have to dial a certain number first before dialing the home number). So I told her to call me every 1 hour just in case if anything went wrong.

Saya datang ke Gold Coast dengan 2 beg pakaian, 1 beg makanan dan toiletries, 1 beg galas yang saya letakkan dokumen dan laptop saya (baca: sangat berat) dan 1 beg sangkut kat sebelah bahu yang boleh tahan beratnya. Sampai di universiti, dari dimana pemandu bas turunkan ke pajabat keselamatan hanya lebih kurang 15 meter. In realiti pejam celik je dah sampai, tapi bagi saya it felt like forever nak sampai ke pejabat keselamatan tu disebabkan beg berat yang terlalu banyak tu. Selepas berurusan dengan pihak keselamatan, mereka bawakan saya ke bilik. Nasib baik mereka ada, boleh tolong angkatkan beg-beg. Dah selesai semuanya, jam menunjukkan pukul 2 pagi. Waktu imsak pukul 4.40 pagi. Juadah sahur pagi tu, mineral water. 1 September 2008 adalah kali pertama saya berpuasa di Australia.

Itu hanya cerita sampingan. Sekadar mahu berkongsi pengalaman. Perasaan sebenar yang saya nak luahkan ialah rasa jauh saya daripada Allah swt. Entah kenapa puasa kali ini, saya rasa sangat jauh dariNya. Saya sedar, sejak sampai sini, hanya sekali saya tunaikan solat terawikh. Kadang-kadang terlepas solat subuh dan sudah pastilah terlepas bersahur. Alasan saya sebab biological clock masih tak adjust lagi. Saya susah hati macam ni. Perkara yang paling saya benci bila saya suka bagi alasan atas dosa-dosa saya untuk sedapkan hati. Padahal jauh dalam hati memang tahu dah berdosa pon.

Dah lama saya tahu, tujuan puasa itu untuk melatih diri menginsafi keadaan orang miskin. Bila menghayatinya, kita yang berakal boleh buat pertimbangan yang sewajarnya atas tindakan seterusnya. To me, fasting is never about the food during iftar (buka puasa) anymore once I have passed that stage of my life. Kalau kita betul-betul menghayati Ramadhan pasti ada satu perasaan yang sangat hampir denganNya boleh rasa dalam hati. Tapi puasa kali ini saya tak rasa macam tu pun. Tinggal 13 hari lagi nak puasa. I hope I could just have that feeling again.